RAFIZI RAMLI sekali lagi memberi amaran bahawa rakyat akan menolak Umno sekiranya mereka tetap mahu mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) pada tahun ini.
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) itu berkata begitu sebagai mengulas mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Umno yang diadakan pada Jumaat yang antara lain menyentuh mengenai isu PRU.
"Umno bermesyuarat untuk memaksa Perdana Menteri memanggil pilihan raya walaupun semua ramalan cuaca memberi amaran mengenai bencana banjir yang akan tiba.
"Saya berharap ada satu dua pimpinan Umno yang berfikir mengenai perasaan dan kepayahan rakyat apabila banjir tiba.
"Adalah menjadi tanggungjawab saya mengingatkan semua bahawa jika PRU15 diadakan semasa banjir, jangan ambil mudah kemarahan rakyat," katanya.
Ahli Parlimen Pandan itu berkata, beliau pernah memberi peringatan sama kepada Umno sebelum PRU14 supaya Unno mengambil tindakan terhadap Najib Razak dan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), jika tidak mahu dihukum rakyat.
Malangnya kata Rafizi, peringatan itu tidak dipedulikan dan akhirnya menyaksikan Umno tumbang.
Kali ini tanpa mempedulikan nasib rakyat, Umno jelasnya melihat banjir sebagai batu loncatan untuk mendapatkan kuasa di Putrajaya.
"Kalau Umno masih bongkak (kali ini dalam hal memaksa rakyat mengharung banjir untuk mengundi), terpulang kepada rakyat untuk ambil tindakan.
"Tandatangan petisyen agar kerajaan tumpu kepada persediaan banjir, bukan sibuk panggil pilihan raya menerusi bit.ly/TumpuBanjir. Selamatkan nyawa, bukan jawatan politik," jelasnya.
Rafizi turut menjelaskan tiga sebab membantah pilihan raya diadakan semasa banjir.
"Seluruh tumpuan negara terutamanya kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri sepatutnya ke arah membina persiapan menghadapi banjir dan bukannya berpolitik.
![]() |
Rafizi gesa utamakan nasib rakyat dulu |
"Ketiga ratusan ribu penjawat awam akan terikat dengan tugasan menganjurkan pilihan raya sedangkan sepatutnya fokus mereka adalah bersiap sedia membantu rakyat dan menguruskan musibah banjir yang akan tiba," tegas Rafizi.
0 Comments