JAWATAKUASA Kira-Kira Wang Negara (PAC) digesa menyiasat kelewatan penyerahan kapal peronda luar pesisir (OPV) milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa berkata, siasatan bebas itu penting bagi membongkar dan memperhalusi masalah sebenar yang berlaku di samping dikhuatiri ia menerima nasib sama seperti kapal tempur pesisir pantai (LCS).
Dalam sidang media khas berhubung kapal OPV milik APMM di Ipoh pada Jumaat, beliau menyatakan rasa ragu apabila sebuah daripada tiga buah kapal OPV yang sepatutnya diterima APMM bulan lalu, masih belum nampak bayang.
"Yang peliknya hingga hari ini dalam kontrak tersebut sepatutnya TH Heavy Engineering Berhad menyerahkan tiga kapal ini secara berperingkat mulai tahun 2020.
"Bermakna sebuah kapal pada Januari 2020, pertengahan sebuah lagi dan hujung tahun lagi sebuah, itu dalam kontrak.
"Kalau dari 2017 lebih kurang tiga tahun untuk mereka siapkan dan serahkan kapal yang sangat diperlukan untuk jaga perairan negara, tapi mereka gagal serahkan sampai hari ini.
"Saya mahu siasatan bebas dibuat, PAC boleh buat sama macam LCS. Dari situ kita boleh tahu apa terma kontraknya," dakwa Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Perak itu.
Sebelum ini media melaporkan kelewatan penyerahan kapal OPV milik APMM menimbulkan kebimbangan umum kerana projek ini juga berdepan masalah serupa seperti kapal tempur pesisir pantai (LCS).
Ini kerana kelewatan pembinaan OPV tidak sepatutnya berlaku setelah TH Heavy Engineering Berhad diberi satu tempoh yang lama untuk menyiapkan kapal-kapal berkenaan.
Sementara itu beliau turut mempersoalkan bagaimana anugerah kontrak itu diberi kepada syarikat yang bukan pakar dalam bidang pembuatan kapal.
"Bagaimana anugerah kontrak yang dibuat secara runding terus kerana TH Heavy Engineering Berhad ada beberapa masalah, salah satunya mereka bukan pakar dalam pembuatan kapal.
"Waktu itu Pengerusi Tabung Haji ialah Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, dia mendapat kontrak secara terus melalui anugerah yang dikeluarkan surat menerusi Datuk Seri Najib yang merupakan Perdana Menteri waktu itu.
"Dalam surat itu pula mengatakan syarikat itu (TH Heavy Engineering Berhad) perlu joint venture (JV) dengan syarikat lain.
Mujahid gesa PAC siasat isu OPV APMM |
Beliau turut mendakwa perkara ini ada kepentingan bagi pihak tertentu, namun menurutnya akan didedahkan kemudian.
"Saya tunggu minggu depan untuk mereka respon dulu kenyataan ini. Saya lihat isu OPV ini tak banyak beza dengan LCS, cumanya LCS RM6 bilion dan yang ini RM738.9 juta ," kata bekas menteri itu.
0 Comments