MENTERI Wilayah Persekutuan, Shahidan Kassim dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dipersoalkan berhubung wang pembayar cukai yang didakwa digunakan dalam kes mahkamah terhadap penduduk ibu kota.
Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad yang mengemukakan tiga persoalan kepada Shahidan berkata, satu daripada kes itu membabitkan penduduk Taman Tiara Titiwangsa yang membantah projek pembangunan komersial bercampur di kawasan itu.
“Berapa banyak yang telah dibelanjakan untuk kos guaman kes Taman Tiara Titiwangsa?
“Berapa banyak yang DBKL belanjakan untuk peguam dalam kes undang-undang lain?” tanyanya menerusi catatan Twitter.
Nik Nazmi menuntut DBKL mendedahkan jumlah wang pembayar cukai yang dibelanjakan dalam kes menentang penduduk Taman Tiara Titiwangsa.
“Penduduk setakat ini telah menang di Mahkamah Rayuan menentang DBKL berhubung cadangan pembangunan di kawasan itu, tetapi DBKL sedang merayu keputusan itu.”
Katanya, DBKL telah membelanjakan RM1.1 juta dari 2018 hingga 2021 untuk yuran guaman dalam kes Taman Rimba Kiara menentang penduduk KL yang membantah cadangan pembangunan blok pangsapuri 29 tingkat, merangkumi 350 unit rumah mampu milik, pangsapuri servis dan kemudahan parkir.
Portal FMT dalam laporannya menyebut perbelanjaan itu dinyatakan dalam jawapan Parlimen kementerian terbabit kepada Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh pada 21 Mac lalu.
“Daripada jumlah ini, RM433,000 dikatakan dibelanjakan untuk mengekalkan bekas hakim dan seorang peguam kanan bagi berhujah kes DBKL di Mahkamah Rayuan.
“Mahkamah sebulat suara memihak kepada penduduk dalam pertikaian itu. Tetapi, DBKL memfailkan rayuan kes itu di Mahkamah Persekutuan, di mana RM340,000 dilaporkan telah dibelanjakan sehingga kini.”
![]() |
Mengapa rayu keputusan memihak penduduk? |
Katanya, penduduk ibu kota, tidak seperti DBKL, adalah individu dengan dana terhad untuk dibelanjakan ke atas kes mahkamah dan jumlah wang pembayar cukai yang dibelanjakan dalam kes menentang mereka boleh digunakan lebih baik bagi membantu komuniti terpinggir di bandar.
0 Comments