SELEPAS 56 tahun berkecimpung dalam politik, veteran DAP Lim Kit Siang hari ini mengumumkan persaraannya
Pada kongress DAP, Kit Siang yang merupakan antara antara pengasas parti itu mengesahkan tidak akan bertanding bagi jawatan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) dan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Saya mengambil peluang ini untuk mengumumkan persaraan saya daripada politik, umum tarik diri Jawatankuasa Tertinggi Pusat (DAP), saya juga tak akan bertanding Parlimen, negeri di masa depan,” katanya.
Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu dalam ucapanya turut mengimbau perjalanan berlikunya dalam politik.
"Selama ini saya melihat bagaimana parti kita telah berkembang dari sebuah parti pembangkang kecil yang mengambil bahagian pertama kali dalam Pilihan Raya Umum tahun 1969, sehingga menjadi sebuah parti politik utama yang berjaya menubuh kerajaan Persekutuan serta mengambil alih kerajaan di tujuh negeri bersama dengan rakan-rakan kita dalam Pakatan Harapan semasa PRU-14.
“Kita mewakili harapan dan aspirasi rakyat Malaysia yang mahu melihat Malaysia berdiri megah di persada dunia kerana pencapaian kita dalam pelbagai bidang dan berjaya membina negara berlandaskan ciri-ciri kemajmukan yang sedia ada di negara ini -- pelbagai kaum, agama, budaya dan tamadun -- dan bukannya menjadi bahan jenaka atau diperli oleh masyarakat dunia kerana kita menjunam menjadi sebuah kleptokrasi, kakitokrasi dan negara yang gagal.
Berharap usaha realisasi impian M'sia diteruskan |
Beliau sementara itu turut menyatakan harapan agar usaha merealisasikan impian Malaysia mesti diteruskan sehingga berjaya dan kini tiba giliran generasi muda untuk meneruskan perjuangan tersebut.
0 Comments