AHLI PARLIMEN Iskandar Puteri Lim Kit Siang mengesa Azam Baki meletakkan jawatan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah malaysia (SPRM) sekiranya beliau tidak bersedia untuk memberikan keterangan di hadapan Jawatankuasa Pilihan Khas bagi menjelaskan dakwaan terhadapnya baru-baru ini.
Kit Siang berkata Azam sepatutnya menawarkan diri untuk hadir di hadapan Jawatankuasa itu bagi menunjukkan tauladan yang baik kepada semua penjawat awam.
Pemimpin veteran itu turut mempersoalkan apakah Perdana Menteri, Ismail Sabri akan memandang serius isu membabitkan Azam dengan membawanya ke kabinet.
“Kesunyian daripada Perdana Menteri, Ismail Sabri, mengenai perkara ini amatlah membimbangkan.
“Adakah Perdana Menteri akan membangkitkan isu ini dalam mesyuarat Kabinet yang akan datang? Adakah akan ada mesyuarat Kabinet hari Rabu ini?
"Jika tidak, mengapa tidak ada mesyuarat Kabinet dijadualkan pada 5 Januari memandangkan Perdana Menteri telah pun memanggil semula semua Menteri-menteri yang sedang bercuti di luar negara untuk pulang kerana bencana banjir yang sedang melanda seluruh negara?' katanya seperti dilapor portal FMT.
Dakwaan membabitkan Azam dianggap berat |
BACA: Sikap Ismail dalam isu Azam Baki serlahkan kelemahan sebagai PM
Dakwanya, dia dimaklumkan bahawa Azam, antara 2015 dan 2016 sebagai pengarah siasatan SPRM, memiliki 930,000 saham dalam sebuah syarikat pada 30 April 2015, dan 1,029,000 saham lagi pada 31 Mac 2016.
Kit Siang sementara itu menyifatkan isu berkaitan Azam sebagai satu tuduhan berat yang telah menjejaskan usaha anti rasuah kebangsaan.
0 Comments