SEKALI lagi “Skuad Sukarelawan Pasca Banjir” oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) didakwa membuat onar.
Dalam
satu posting yang dibuat oleh KBSMalaysia, mereka mendakwa “Skuad
Sukarelawan Pasca Banjir KBS” bersama sukarelawan dari Universiti
Kebangsaan Malaysia – UKM sedang giat membantu mangsa-mangsa banjir di
Kampung Bangi Lama dan Kampung Bangi Tambahan.
Beberapa saksi
yang berada dalam satu operasi gotong royong itu menafikan Skuad KBS
membantu membersihkan beberapa buah rumah di Bangi tersebut.
“Admin KBSMalaysia mohon semak sebelum posting… Mohon semak semula caption.
“Saya sendiri berada dalam gambar. Bila masa saya bersama “Skuad Sukarelawan Pasca Banjir KBS”.
“Untuk pengetahuan admin, dalam gambar tersebut semuanya adalah Pemuda-pemuda Kampung Bangi sendiri, bukannya dari KBS.
“Jadi tolong jangan nak memandai claim sesuatu atas kepentingan sendiri,” tulis seorang individu dengan nama Mq Qaisara Izara.
Saksi tampil nafi penglibatan KBS |
Sebelum ini kementerian dikepalai Ahmad Faizal Azumu itu dikritik susulan tindakan mereka membazir masa dengan mengadakan majlis melancarkan Skuad Sukaralewan ketika rakyat yang terjejas sedang bergelut menyelamatkan nyawa mereka.
Pelancaran itu dianggap tidak perlu kerana suarelawan sewajarnya dikerahkan segera untuk membantu mangsa banjir.
0 Comments