MAJLIS Presiden Pakatan Harapan (HARAPAN) menyifatkan pengecualian bayaran faedah bagi moratorium pinjaman bank kepada kumpulan lima puluh peratus terbawah (B50) untuk tempoh tiga bulan sebagai satu kemenangan buat rakyat.
Melalui satu kenyataan, majlis itu mengalu-alukan keputusan perdana menteri, Ismail Sabri Yaakob yang bersetuju menerima tuntutan HARAPAN berhubung pengecualian faedah pinjaman itu.
Namun mereka menyatakan rasa kesal kerana Ismail seolah-olah tidak mengiktiraf bahawa dasar tersebut adalah salah satu perkara yang terkandung di dalam perjanjian persefahaman (MoU) yang ditandatangani bersama pimpinan utama Pakatan Harapan pada 13 September lalu.
Ismail dakwa mereka cuba menggambarkan ia seolah-olah sebagai idea kerajaan, walhal ia adalah pendirian konsisten HARAPAN yang dilaksana dalam semangat menunaikan perkara-perkara yang terkandung di dalam MoU.
“Penting dijelaskan bahawa pada awalnya pihak kerajaan tidak bersetuju dengan cadangan Pakatan Harapan untuk memberi pengecualian bayaran faedah kepada peminjam dari kelompok B50 ini,” katanya lagi.
“Tanpa pengiktirafan peranan MoU ini, ia mampu menjejaskan keyakinan kami terhadap keikhlasan pihak kerajaan untuk berpegang kepada semangat MoU ini.
“Pelaksanaan Perkara 1.7 MOU ini merupakan satu kemenangan untuk rakyat," kata Majlis Presiden dalam kenyataan tersebut.
Kenyataan tersebut dibuat bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim; Mohamad Sabu; Lim Guan Eng: dan Datuk Seri Madius Tangau.
Sementara itu mereka menjelaskan, untuk memastikan dasar tersebut dapat dilaksana, pimpinan utama gabungan itu telah mengadakan siri pertemuan bukan sahaja bersama Menteri Kewangan malah juga dengan Ketua-ketua Pegawai Eksekutif bank-bank komersil.
“Walaupun pada mulanya terdapat kebimbangan di pihak bank-bank, namun setelah siri libat urus itu berjalan dan pandangan pimpinan PH disampaikan dengan jelas, Perdana Menteri telah bersetuju dengan pendirian kami dan akhirnya dasar ini dapat dilaksana.
“HARAPAN akan terus memainkan peranan semak imbang serta tegas dalam membawa suara isi hati rakyat di dalam dan luar Parlimen demi menangani wabak Covid-19, mengatasi krisis ekonomi serta menyelamatkan nyawa dan mata pencarian,” tambah mereka.
Melalui satu kenyataan, majlis itu mengalu-alukan keputusan perdana menteri, Ismail Sabri Yaakob yang bersetuju menerima tuntutan HARAPAN berhubung pengecualian faedah pinjaman itu.
Namun mereka menyatakan rasa kesal kerana Ismail seolah-olah tidak mengiktiraf bahawa dasar tersebut adalah salah satu perkara yang terkandung di dalam perjanjian persefahaman (MoU) yang ditandatangani bersama pimpinan utama Pakatan Harapan pada 13 September lalu.
Ismail dakwa mereka cuba menggambarkan ia seolah-olah sebagai idea kerajaan, walhal ia adalah pendirian konsisten HARAPAN yang dilaksana dalam semangat menunaikan perkara-perkara yang terkandung di dalam MoU.
“Penting dijelaskan bahawa pada awalnya pihak kerajaan tidak bersetuju dengan cadangan Pakatan Harapan untuk memberi pengecualian bayaran faedah kepada peminjam dari kelompok B50 ini,” katanya lagi.
“Tanpa pengiktirafan peranan MoU ini, ia mampu menjejaskan keyakinan kami terhadap keikhlasan pihak kerajaan untuk berpegang kepada semangat MoU ini.
“Pelaksanaan Perkara 1.7 MOU ini merupakan satu kemenangan untuk rakyat," kata Majlis Presiden dalam kenyataan tersebut.
Kenyataan tersebut dibuat bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim; Mohamad Sabu; Lim Guan Eng: dan Datuk Seri Madius Tangau.
Sementara itu mereka menjelaskan, untuk memastikan dasar tersebut dapat dilaksana, pimpinan utama gabungan itu telah mengadakan siri pertemuan bukan sahaja bersama Menteri Kewangan malah juga dengan Ketua-ketua Pegawai Eksekutif bank-bank komersil.
Akan terus perjuangkan isu rakyat |

0 Comments