PAKATAN HARAPAN (HARAPAN) pada dasarnya bersetuju memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan kerajaan, tetapi tertakluk kepada penambahbaikan yang perlu diperhalusi kedua-dua pihak sebelum dimuktamadkan.
Pendirian itu menyusul mesyuarat pemimpin gabungan itu petang tadi untuk membincangkan pembaharuan dicadangkan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob.
Majlis Presiden melalui satu kenyataan malam tadi memaklumkan bahawa memorandum persefahaman ini adalah susulan kepada pertemuan yang telah diadakan di antara pimpinan tertingginya dengan Ismail pada 25 Ogos lalu
Persetujuan dasar itu demi menyelamatkan nyawa dan mata pencarian rakyat akibat pendemik Covid-19.
"Secara dasarnya, Pakatan Harapan cenderung untuk mempersetujui memorandum persefahaman ini demi menyelamatkan nyawa dan mata pencarian rakyat, tertakluk kepada perincian penambahbaikan deraf yang perlu diperhalusi wakil kedua-dua pihak sebelum boleh dimuktamadkan.
"Marilah kita menggembleng seluruh kekuatan untuk menangani pandemik Covid-19 dan mengatasi kemelesetan ekonomi yang melanda negara kita," kata kenyataan ditandatangani tiga pemimpin utama gabungan itu.
Semalam, Ismail mengumumkan mesyuarat kabinet bersetuju untuk melaksanakan tujuh pembaharuan parlimen dan pentadbiran.
Tujuh pembaharuan tersebut adalah adalah Pembentangan Rang Undang-undang (RUU) antilompat parti di Parlimen; Pelaksanaan penurunan had umur mengundi dari 21 tahun kepada 18 tahun dalam masa terdekat:Pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri kepada 10 tahun dan Keseimbangan keanggotaan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen melibatkan ahli parlimen kerajaan dan pembangkang.
Selain itu setiap RUU termasuk RUU Perbekalan yang dibentangkan di Parlimen kelak akan dirunding dan dipersetujui secara bersama.
Ahli parti pembangkang juga akan dilibatkan dalam Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Ketua pembangkang akan diberikan saraan dan kemudahan yang setara dengan seorang menteri.
Semenyata itu dalam kenyataan malam tadi juga, Majlis Presiden HARAPAN menegaskan bahawa mereka berpendirian bahawa suntikan fiskal tambahan sebanyak RM45 bilion perlu disalurkan kepada Dana Covid-19 yang kini berbaki RM8.6 bilion.
![]() |
HARAPAN bersetuju secara dasar |
Mereka turut membincangkan langkah-langkah reformasi politik yang perlu dilaksana pentadbiran Ismail.
Ia antaranya memperkasa pelaksanaan Undi 18 sekarang, melaksana reformasi Parlimen dan kebebasan institusi kehakiman.
0 Comments