KEHADIRAN duta Malaysia ke Myanmar dalam satu pertemuan dengan pemimpin kerajaan junta tentera negara itu mengundang kecaman.
Ia
susulan perkongsian klip gambar dari video pertemuan ZahairiBaharim
dengan Menteri Elektrik dan Tenaga Aung Than Oo pada Rabu yang dimuat
naik pengasas bersama Free Rohingya Coalition Ro Nay San Lwin di media
sosialnya.
Ro Nay yang dipetik laporan
Malaysiakini berkata, Zahairi adalah duta negara Asean pertama yang
membuat pertemuan dengan junta tentera walaupun wakil Thailand, Laos dan
Vietnam hadir ke perarakan Tatmadaw ( tentera Myanmar) di ibu kota
negara itu dua minggu lalu.
Apa yang lebih membimbangkan adalah pertemuan itu dianggap sesetengah pihak sebagai memberi keabsahan kepada pemerintahan junta
Ia dinyatakan penganalisis politik Asia Tenggara Bridget Welsh yang mengulas perkongsian klip gambar tersebut.
"Sokongan
terhadap kerajaan yang terlibat dalam jenayah kemanusian bertentangan
dengan kenyataan yang dibuat pemimpin Malaysia dan menunjukkan peralihan
membimbangkan di Asean," katanya.
Jurucakap
Milk Tea Alliance Network for Malaysia yang dipetik laporan portal
tersebut berkata, pertemuan itu bukan sahaja mengabsahkan junta, dalam
masa serupa ia adalah tindakan mengelirukan.
"Ia
mengelirukan kerana Perdana Menteri Muhyiddin Yassin memainkan peranan
utama bersama Brunei untuk menganjurkan dialog Asean berhubung
pembunuhan di Myanmar.
"Ahli Parlimen pula
menggesa Myanmar disingkirkan daripada Asean dan Menteri Luar
Hishammuddin Hussein mengecam rampasan kuasa - semuanya baik tetapi
(pertemuan duta) membawa kepada kekeliruan," katan gabungan longgar
aktivis prodemokrasi di rantau Asia Tenggara dan Asia Timur itu.
![]() |
Tindakan Zahairi undang kecaman |
"Berapa ramai lagi yang patut menjadi korban sebelum Asean ada keberanian dan kesedaran moral untuk bertindak?" soal Dennis.
0 Comments