RAYUAN untuk taksiran gantirugi berhubung kes saman fitnah pimpinan AMANAH, Datuk Husam Musa terhadap Masri Che Yusoff berjumlah RM50,000 diketepikan.
Peguam mewakili Husam, Faiz Fadzil melalui hantaran di laman Facebooknya memberitahu susulan itu, Mahkamah menetapkan nilai ganti rugi lebih tinggi yang perlu dibayar Masri kepada Husam.
“Alhamdulillah, rayuan untuk taksiran gantirugi berjumlah RM50,000 telah diketepikan dengan award (global damages) sebanyak RM150,000 dan kos sebanyak RM5,000.
“The truth will prevail and never surrender! (Kebenaran akan terserlah dan jangan mengaku kalah!)” tegasnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Pulau Pinang itu.
Saman fitnah difailkan Husam yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor itu dikemukakan terhadap Masri susulan satu tulisan berunsur fitnah di Facebook .
Masri ketika itu merupakan ahli jawatan kuasa Pas Kawasan Ketereh dan ahli Dewan Ulamak Pas Kelantan.
Difahamkan, dia juga Penolong Kanan Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman di Kampung Kok Lanas, Kelantan.
Pada 27 Oktober 2015, Masri melalui akaun Facebook menuduh Husam secara salah memberikan tanah seluas 414.37 hektar kepada sebuah syarikat.
Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada 26 Jun 2018 telah menolak keterangan Masri bahawa Husam mempunyai kepentingan dan projek kambing jamnapari di bawah program Jihad Ternak.
Mahkamah telah memutuskan bahawa semua tuduhan tersebut adalah tidak berasas.
Peguam mewakili Husam, Faiz Fadzil melalui hantaran di laman Facebooknya memberitahu susulan itu, Mahkamah menetapkan nilai ganti rugi lebih tinggi yang perlu dibayar Masri kepada Husam.
“Alhamdulillah, rayuan untuk taksiran gantirugi berjumlah RM50,000 telah diketepikan dengan award (global damages) sebanyak RM150,000 dan kos sebanyak RM5,000.
“The truth will prevail and never surrender! (Kebenaran akan terserlah dan jangan mengaku kalah!)” tegasnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Pulau Pinang itu.
Saman fitnah difailkan Husam yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor itu dikemukakan terhadap Masri susulan satu tulisan berunsur fitnah di Facebook .
Masri ketika itu merupakan ahli jawatan kuasa Pas Kawasan Ketereh dan ahli Dewan Ulamak Pas Kelantan.
Difahamkan, dia juga Penolong Kanan Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman di Kampung Kok Lanas, Kelantan.
Pada 27 Oktober 2015, Masri melalui akaun Facebook menuduh Husam secara salah memberikan tanah seluas 414.37 hektar kepada sebuah syarikat.
![]() |
Masri didakwa lakukan fitnah terhadap Husam |

0 Comments