MENTERI BESAR Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor sekali lagi diselar kerana tindak tanduknya yang dilihat lebih mementingkan isu lain berbanding usaha meringankan beban rakyat negeri itu yang terkesan dengan pendemik Covid-19.
Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) negeri itu Mohammed Firdaus Johari berkata, Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah itu belum mengumumkan pakej bantuan buat rakyat Kedah di kala penduduk negeri itu berdepan perintah kawalan pergerakan (PKP) terbaru yang bermula Jumaat lalu.
Sebaliknya, Muhammad Sanusi jelasnya lebih memberikan tumpuan tentang isu pembatalan cuti Thaipusam.
“AMK Kedah ternanti-nanti sebarang pengumuman pakej bantuan rakyat Kedah (Covid-19) dari Muhammad Sanusi Md Nor.
“Tetapi malangnya sehingga hari ini tiada sebarang pengumuman bantuan bagi membantu rakyat Kedah dalam tempoh pelaksanaan PKP ini.
“Malah lebih menyedihkan, menteri besar Kedah lebih tertumpu kepada pembatalan cuti peristiwa perayaan Thaipusam berbanding isu ini yang sepatutnya diberi keutamaan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Mohammed Firdaus sebelumnya merujuk kenyataan Muhammad Sanusi 20 Januari lepas bahawa tiada cuti peristiwa untuk Kedah bagi perayaan Thaipusam tahun ini yang kemudiannya disusuli kecaman banyak pihak.
Keputusan Sanusi itu dianggap sebahagian pihak terutama masyarakat Hindu sebagai suatu keputusan yang tidak wajar, berat sebelah dan melampau.
Sementara itu Mohammed Firdaus menegaskan bahawa satu peruntukan khas harus diluluskan di bawah pakej bantuan khas bagi membantu kumpulan sasaran yang terjejas dan memerlukan bantuan termasuk peniaga dan penjaja gerai, pasar, kantin sekolah; penoreh getah; pesawah dan petani; nelayan; golongan B40 dan M40.
Tidak ketinggalan bantuan peranti untuk pelajar mengikuti pembelajaran dalam talian, serta waris atau kontak rapat Covid-19 yang dikuarantin dan tidak dapat keluar membeli makanan dan barangan dapur.
Sebagai rekod, dua negeri yang ditadbir Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor dan Pulau Pinang telah mengumumkan pakej bantuan baharu untuk rakyat di negeri itu.
Pulau Pinang memperuntukkan sekitar RM20 juta bagi membantu rakyat yang terkesan dengan PKP 2.0 dan Selangor memperuntukkan lebih RM70 juta bagi tujuan sama termasuk bagi membeli 5 juta dos vaksin Covid-19

![]() |
AMK gesa MB segera umum pakej bantuan |

0 Comments