TINDAKAN pihak polis menyiasat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung rayuannya terhadap Yang di-Pertuan Agong untuk membatalkan perisytiharan darurat dipertikai.
Bekas timbalan menteri undang-undang Hanipa Maidin berkata, tindakan merayu supaya perisytiharan darurat itu dibatalkan bukanlah satu kesalahan dan beliau terkejut apabila media melaporkan bahawa Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu mahu disiasat.
“Sepanjang pengetahuan saya, gesaan membatalkan perisytiharan darurat yang dilakukan mana-mana pihak bukanlah suatu jenayah. Mungkin ada yang tidak setuju dengan kenyataan itu.
“Tetapi saya tidak fikir kita boleh kaitkan kenyataan Anwar itu dengan mana-mana kesalahan di sudut undang-undang,” katanya di Facebook.
Hanipa yang juga merupakan Ahli Parlimen Sepang turut mmeminta polis menjelaskan apakah kesalahan undang-undang yang dilakukan oleh presiden KEADILAN itu.
Terdahulu, Ketua Polis Perak, Mior Faridalathrash Wahid The Star berkata, bahawa polis sedang menyiasat Anwar Ibrahim kenyataannya merayu Yang di-Pertuan Agong membatalkan perisytiharan darurat.
kes itu menurutnya dikendalikan Unit Siasatan Khas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
"Kami membantu mengambil keterangan orang yang membuat laporan itu, tetapi kes itu sudah dirujuk ke Bukit Aman untuk tindakan lanjut,” katanya.
Sementara itu tambah Hanipa, beliau juga percaya isu yang dibangkitkan Anwar membabitkan perlembagaan persekutuan, yang menurut beliau, berada di luar bidang kuasa polis.
Pada 12 Jan, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah memberi perkenan darurat dilaksanakan hingga 1 Ogos atau lebih awal, jika jumlah kes Covid-19 dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.
Pada 14 Jan, Anwar dilaporkan menulis surat kepada semua Ahli Parlimen dalam usaha merayu Agong supaya membatalkan perisytiharan darurat dan mengadakan sidang Parlimen secepat mungkin.
Anwar turut memfailkan permohonan di mahkamah untuk kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman terhadap tindakan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menasihati Agong untuk mengisytiharkan darurat.
Bekas timbalan menteri undang-undang Hanipa Maidin berkata, tindakan merayu supaya perisytiharan darurat itu dibatalkan bukanlah satu kesalahan dan beliau terkejut apabila media melaporkan bahawa Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu mahu disiasat.
“Sepanjang pengetahuan saya, gesaan membatalkan perisytiharan darurat yang dilakukan mana-mana pihak bukanlah suatu jenayah. Mungkin ada yang tidak setuju dengan kenyataan itu.
“Tetapi saya tidak fikir kita boleh kaitkan kenyataan Anwar itu dengan mana-mana kesalahan di sudut undang-undang,” katanya di Facebook.
Hanipa yang juga merupakan Ahli Parlimen Sepang turut mmeminta polis menjelaskan apakah kesalahan undang-undang yang dilakukan oleh presiden KEADILAN itu.
Terdahulu, Ketua Polis Perak, Mior Faridalathrash Wahid The Star berkata, bahawa polis sedang menyiasat Anwar Ibrahim kenyataannya merayu Yang di-Pertuan Agong membatalkan perisytiharan darurat.
kes itu menurutnya dikendalikan Unit Siasatan Khas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
"Kami membantu mengambil keterangan orang yang membuat laporan itu, tetapi kes itu sudah dirujuk ke Bukit Aman untuk tindakan lanjut,” katanya.
Sementara itu tambah Hanipa, beliau juga percaya isu yang dibangkitkan Anwar membabitkan perlembagaan persekutuan, yang menurut beliau, berada di luar bidang kuasa polis.
Pada 12 Jan, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah memberi perkenan darurat dilaksanakan hingga 1 Ogos atau lebih awal, jika jumlah kes Covid-19 dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.
![]() |
Anwar tak langgar undang-undang, kata Hanipa |

0 Comments