MAHKAMAH Pilihan Raya di Kota Kinabalu membatalkan petisyen calon Warisan, Ahmad Jais Otong yang mencabar keputusan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Karambunai pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.
Keputusan itu diumumkan Hakim Mahkamah Tinggi Kuching, Azahari Kamal Ramli menerusi aplikasi Zoom.
Dalam keputusannya, Azahari berkata, pemohon petisyen gagal mematuhi Peraturan 15 (1) Peraturan Petisyen Pilihan Raya, termasuk gagal membuat pemberitahuan kepada responden dengan mengiklankannya di akhbar.
Katanya, pemohon juga gagal menjelaskan secara terperinci dakwaan ketidakpatuhan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya yang boleh mempengaruhi keputusan DUN itu.
Ini sekaligus mengekalkan Yakub Khan daripada Barisan Nasional (BN) sebagai ADUN Karambunai yang memenangi kerusi itu dengan majoriti tipis 16 undi pada 26 Sept lalu.
Dalam petisyen itu, Jais menamakan Yakub sebagai responden pertama, manakala pegawai pengurus pilihan raya dan SPR sebagai responden kedua serta ketiga.
Susulan keputusan itu, Azhari mengarahkan membayar kos RM20,000 kepada Yakub, serta RM15,000 masing-masing kepada responden kedua dan ketiga.
Pada PRN Sabah lalu, Yakub memenangi DUN Karambunai selepas mendapat 5,180 undi dan Jais meraih 5,164 undi.
Empat calon lain daripada Parti Liberal Demokratik (LDP), Parti Cinta Sabah (PCS), Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) dan USNO hilang wang deposit.
Keputusan itu diumumkan Hakim Mahkamah Tinggi Kuching, Azahari Kamal Ramli menerusi aplikasi Zoom.
Dalam keputusannya, Azahari berkata, pemohon petisyen gagal mematuhi Peraturan 15 (1) Peraturan Petisyen Pilihan Raya, termasuk gagal membuat pemberitahuan kepada responden dengan mengiklankannya di akhbar.
Katanya, pemohon juga gagal menjelaskan secara terperinci dakwaan ketidakpatuhan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya yang boleh mempengaruhi keputusan DUN itu.
Ini sekaligus mengekalkan Yakub Khan daripada Barisan Nasional (BN) sebagai ADUN Karambunai yang memenangi kerusi itu dengan majoriti tipis 16 undi pada 26 Sept lalu.
Dalam petisyen itu, Jais menamakan Yakub sebagai responden pertama, manakala pegawai pengurus pilihan raya dan SPR sebagai responden kedua serta ketiga.
![]() |
Jais kalah 16 undi kepada Yakub |

0 Comments