Peguam kritik kenyataan DPP dalam kes Lim Guan Eng



KENYATAAN
seorang pendakwa raya dalam kes dihadapi bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hari dikritik beberapa orang pengamal undang-undang.

Ia berhubung kenyataan timbalan pendakwa raya (DPP) Wan Shaharuddin Wan Ladin yang berkata kes Lim hari ini adalah “ibu segala kes” dengan peluang “99%” pensabitan untuk kes itu.

Peguam V Parthipan berkata, belum pernah berlaku sebelum ini seorang pendakwa mengeluarkan kenyataan seperti itu. Hakim tegasnya satu-satunya individu yang mempunyai hak untuk memutuskan sabitan kes berkenaan.

“Sekiranya anda mempunyai bukti kukuh, sebaiknya teruskan bukti dan hujah anda di mahkamah. Tidak perlu membuat kenyataan seperti ‘99% akan menang’.

“Seolah-olah kami menekan hakim untuk menghukum tertuduh kerana anda memiliki kes yang baik. Jika DPP gagal mensabitkan tertuduh, itu akan kelihatan buruk pada mereka,” katanya dipetik FMT.

Seorang lagi peguam, Siti Zabedah Kasim dipetik laporan sama berkata, DPP perlu berusaha melindungi orang yang tidak bersalah dan mensabitkan yang bersalah.

DPP juga jelasnya wajar menghormati hak undang-undang semua, termasuk tertuduh.

“Tidak ada ancaman lebih besar terhadap sistem keadilan daripada ditimbulkan oleh pendakwa tidak beretika.

“Seorang pendakwa bukan saja tidak terikat untuk menuntut hukuman dengan segala cara, dia dilarang oleh etia daripada sengaja melanggar hak tertuduh

“Saya berharap dalam semangatnya untuk mendakwa, dia tidak gagal untuk menunaikan tanggungjawabnya. Saya harap dia tidak didorong untuk menghukum tertuduh,” katanya.

Wan Shaharuddin sebelum ini dilapor berkata,"  Polisi kami di AGC (Pejabat Peguam Negara) dan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) adalah kami hanya akan menuduh kes yang ada 99% peluang untuk menang sabitan dan 1% adalah kuasa Tuhan. Tak boleh cakap 100% boleh menang, tapi 99% saja yang kita tuduh, yang ada peluang untuk menang.

Peguam Lim, Gobind Singh Deo pelik apabila pendakwa yang sama membuat kenyataan mengenai kes itu ketika mereka sendiri meminta perintah larangan kepada mahkamah sebelum ini. Tidak ada perintah larangan dikeluarkan oleh mahkamah setakat ini.

Katanya, beliau akan merujuk perkara itu kepada mahkamah kemungkinan berlaku subjudis daripada kenyataan berkenaan.

Manakala seorang peguam lain yang tidak mahu dinamakan menganggap DPP bersikap “sangat berat sebelah”, kerana kebanyakanya menjauhi media bagi mengelak situasi “perbicaraan oleh media”.

“Ini juga menimbulkan pertanyaan apakah Peguam Negara membenarkan kenyataan seperti itu.

“Kenyataan kepada media, jika ada, harus memberikan fakta yang tepat untuk pengetahuan masyarakat. Bukan untuk menyiarkan pendapat dan perasaan pendakwa.

“Pendapat pendakwa tidak bermaksud apa-apa kerana tugasnya adalah melakukan pendakwaan berdasarkan bukti diperoleh daripada siasatan,” katanya.
 

Post a Comment

0 Comments