Dr Dzul gesa penambahbaikan AADK


WALAUPUN
menyambut baik hasrat kerajaan untuk memindahkan penagih dadah dari penjara ke Pusat pemulihan, seorang Ahli Parlimen menyarankan supaya penempatan baru pesalah dadah itu dinaik taraf dan perkhidmatannya ditambah baik terlebih dahulu.

Cadangan itu dilontarkan Bekas menteri kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad susulan cadangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) memindahkan penagih dadah dari penjara ke AADK dalam masa terdekat.

Jelasnya, langkah itu juga jelasnya dapat menghakis stigma masyarakat yang menganggap pesakit berkaitan dadah sebagai penjenayah.

Kerjasama antara AADK dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga boleh dilaksana bagi merawat pesakit terbabit.

"Itu suatu langkah yang sangat baik.

"Selain itu AADK boleh bekerjasama dengan KKM untuk rawatan di pusat serenti. AADK kalau dapat berperanan sebagai tempat pemulihan dan rawatan (kerjasama dengan KKM) maka itu juga sangat baik," katanya dipetik Malaysiakini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Ismail Mohamed Said  dalam Dewan Rakyat Ogos lalu memaklumkan langkah memindahkan penagih dadah dari penjara ke AADK itu sebagai usaha mengurangkan kesesakan di penjara di seluruh negara yang turut menempatkan banduan penyalahgunaan dadah.

Ia juga sebagai satu cara mengurangkan perbelanjaan Jabatan Penjara Malaysia.

Sementara itu, Pengarah Pusat Pengajian Sains Ketagihan Universiti Malaya, Prof Madya Dr Rusdi Abd Rashid senada dengan Dzulkefly, namun berkata AADK perlu menukar pendekatan dalam merawat golongan terbabit.

"Mereka kena tukar cara pendekatan, kena ada lebih doktor dan pakar psikatrik untuk merawat.

"Sekarang ini juga hanya ada dua tiga doktor, sama sahaja macam di penjara," katanya.

Selain AADK, penagih dadah juga jelasnya boleh dirawat secara komuniti di klinik atau di hospital kerajaan.


 

Post a Comment

0 Comments