Tujuh maut MPV rempuh traler



TUJUH
termasuk dua kanak-kanak maut dalam kemalangan membabitkan sebuah Perodua Alza dengan sebuah lori di Kilometer 5 Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands, Pahang.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.55 petang semalam, dua kanak-kanak lelaki, tiga wanita dewasa dan dua lelaki dewasa disahkan meninggal di tempat kejadian akibat tersepit.

Kesemua mangsa yang terlibat berusia antara empat tahun hingga 50 tahun dan dipercayai mempunyai hubungan kekeluargaan .
https://t.me/kartelmedia
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak tiga mangsa cedera dikeluarkan orang awam dan dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk rawatan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz pula memaklumkan, siasatan awal mendapati kenderaan dinaiki mangsa dari arah Cameron Highlands ke Simpang Pulai.

Kenderaan itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas memasuki laluan bertentangan.

“Lori tersebut cuba mengelak namun terlanggar bahagian depan lalu menyebabkan kenderaan itu terbalik," jelasnya.

Berdasarkan siasatan, Perodua Alza yang dinaiki 10 mangsa beralamat dari Serdang, Kedah.

Polis sedang mengenal pasti identiti tujuh mangsa serta waris yang terlibat dalam nahas.

Seorang saksi, Syazwan Muhd Suhaimi, 21, berkata dia mendengar bunyi hon panjang disusuli bunyi dentuman kuat dan suara jeritan mangsa.

"Selepas beberapa ketika hanya suara tangisan dan jeritan meminta tolong memenuhi suasana di lokasi kejadian, beberapa orang yang datang membantu sempat meminta mangsa istighfar dan mengucap," katanya dipetik.

Post a Comment

0 Comments