BUAT pertama kalinya sejak Mac lalu, Malaysia mencatatkan sifar kes jangkitan baru Covid-19 dalam negara.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, setakat tengah hari tadi, hanya satu kes import Covid-19 baru, melibatkan individu yang mendapat jangkitan dari luar negara.
Individu itu sudah diasingkan dan kini sedang mendapatkan rawatan.
Perkembangan terbaru itu menjadikan jumlah kes Covid-19 terkumpul yang dicatatkan adalah sebanyak 8,640 kes kes.
Dalam sidang media petang tadi, Dr Noor Hisham turut memaklumkan seramai 21 lagi dilapor sembuh menjadikan jumlah keseluruhan pulih daripada wabak itu ialah 8,375.
Dr Noor Hisham turut memaklumkan, jumlah kes aktif kini turun dibawah angka 150 kes iaitu sebanya 144 kes sahaja.
Empat pesakit kini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan dua daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.
Noor Hisham juga memaklumkan tiada kematian baru dilaporkan, menjadikan jumlah korban akibat Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 121 kes.
0 Comments