PUTRAJAYA digesa menghentikan tindakan undang-undang terhadap dua pengamal media bagi memastikan kebebasan akhbar dapat dipelihara.
gesaan itu disuarakan Persatuan Editor Akhbar Cina Malaysia yang merujuk siasatan polis terhadap ketua editor CodeBlue, Boo Su-Lyndan dan prosiding penghinaan yang dibawa oleh peguam negara terhadap ketua pengarang Malaysiakini, Steven Gan.
Persatuan itu menyorot bahawa Boo yang didakwa melanggar Akta Rahsia Rasmi 1972 melaporkan tentang dokumen yang sudah didekalsifikasi sebagai bukan rahsia.
Bagi kes Gan pula, persatuan itu berkata prosiding penghinaan susulan komen pembaca adalah tidak wajar dan melanggar kebebasan bersuara.
Mereka berkata bahawa kerajaan harus menyasarkan pengguna internet yang tidak bertanggungjawab dan bukan media yang menyediakan platform untuk ekspresi.
"Organisasi media yang bertanggungjawab akan melibatkan pembaca dan menegakkan semangat kebebasan bersuara bersama-sama untuk mewujudkan platform untuk berdialog," kata persatuan itu.
Sehubungan itu, mereka juga mendesak kerajaan untuk mengkaji semula Akta Rahsia Rasmi 1972.
Tegas mereka, kini merupakan era maklumat dan kerajaan tidak boleh mengekang hak orang untuk mendapat maklumat.
0 Comments