KES positif COVID-19 di negara jiran Indonesia kini telah melebihi angka 100,000 kes.
Berdasarkan data terkini yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, www.covid19.go.id, sebanyak 100,303 kes positif dilaporkan, dalam tempoh 24 jam, sebanyak 1,525 kes positif baharu telah dilaporkan.
Sementara itu, sebanyak 57 individu menjadi korban kepada pendemik itu, menjadikan jumlah keseluruhan kematian di republik itu kini 4,838 orang.
Daripada keseluruhan jumlah kes, seramai 58,173 pesakit dilapor sembuh, manakala 54,910 pesakit masih dalam pemantauan pihak berkuasa kesihatan negara itu. Provinsi Jawa Timur mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi iaitu 20,812 kes, diikuti Jakarta (19,592) dan selebihnya di 32 provinsi yang lain.
Jawa Timur juga mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 1,608 orang, diikuti Jakarta (769), Jawa Tengah (574), Sulawesi Selatan (307) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.
Sementara itu, India dilapor mencatat 49,931 lagi kes jangkitan baharu.
Perkembangan terkini itu menjadikan jumlah terkini postif Covid-19 di negara itu meningkat kepada 1.4 juta kes.
India, menjadi negara ketiga mencatatkan kes tertinggi di dunia selepas Amerika Syarikat dan Brazil.
0 Comments