LAGENDA komedi filem India era 70-an Jagdeep dilapor meninggal dunia pada petang Rabu.
Difahamkan, Jagdeep atau nama sebenarnya Syed Ishtiaq Ahmed Jafri,81, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Mumbai.
Sejak beberapa tahun lalu, Jagdeep dilapor mengalami kemerosotan kesihatan susulan faktor usia. Memulakan kerjayanya sebagai pelakon kanak-kanak sebelum membintangi sebanyak 400 filem, Jagdeep mula menempa nama dalam industri hiburan Bollywood selepas membintangi filem 'Sholay' terbitan 1975.
Sepanjang enam dekad lalu, beliau dikenali ramai dengan watak komedinya.
Susulan berita kematiannya, bintang filem India turut tampil memberi penghormatan kepada ikon perfileman yang dianggap mewakili era yang penuh dengan perjuangan bagi selepas pembahagian negara itu.
Bintang filem Anil Kapoor menyifatkan Jagdeep 'antara pelakon India' yang hebat.
"Seronok menonton lakonannya. Beliau membawa banyak kegembiraan kepada penonton," tulis pelakon Ajay Devgn di laman Twitternya.
0 Comments