KEADILAN tuntut RM10 juta dari 20 bekas pemimpin



PARTI
Keadilan Rakyat (KEADILAN) mengotakan janji mereka untuk mengambil tindakan terhadap bekas pemimpin parti itu yang melompat parti.

Terbaharu, parti itu melalui Bendaharinya, Lee Chean Chung telah mengarahkan peguam untuk mengeluarkan surat tuntutan bagi menuntut ganti rugi RM10 juta setiap seorang terhadap 20 bekas anggota Parlimen dan Adun dari parti itu.

Perkara itu dimaklumkan Lee melalui satu kenyataan.
https://t.me/kartelmedia
"Parti menuntut sejumlah RM10 juta daripada setiap mereka. Ia adalah pampasan yang telah dipersetujui mereka jika keluar parti dan menggunakan kerusi mereka untuk kepentingan sendiri dan berlawanan dengan kepentingan parti.

"Surat tuntutan menyatakan mereka perlu membayarnya dalam masa tujuh hari.

"Jika mereka gagal berbuat demikian, parti telah mengarahkan peguam untuk memulakan tindakan selanjutnya terhadap mereka," kata Adun Semambu itu.

Kenyataan itu turut menyenaraikan bekas pemimpin itu yang akan menerima surat tuntutan tersebut.

Mereka adalah:


  •     Mohamed Azmin Ali (MP Gombak)
  •     Zuraida Kamaruddin (MP Ampang)
  •     Saifuddin Abdullah (MP Indera Mahkota)
  •     Kamaruddin Jaffar (MP Bandar Tun Razak)
  •     Mansor Othman (MP Nibong Tebal)
  •     Rashid Hasnon (MP Batu Pahat)
  •     Santhara Kumar (MP Segamat)
  •     Ali Biju (MP Saratok)
  •     Jonathan Yasin (MP Ranau)
  •     Baru Bian (MP Selangau)
  •     Dr Chong Fat Full (Adun Pemanis)
  •     Muhammad Jailani Khamis (Adun Rembia)
  •     Abdul Yunus Jamahri (Adun Kuala Krau)
  •     Muhammad Hilman Bin Idham (Adun Gombak Setia)
  •     Azman Nasrudin (Adun Lunas)
  •     Dr Robert Ling Kui Ee (Adun Sidam)
  •     Haniza Mohamed Talha (Adun Lembah Jaya)
  •     Daroyah binti Alwi (Adun Sementa)
  •     Zulkifli Ibrahim (Adun Sungai Aceh)

Ditanya mengenai ketiadaaan nama Ahli Parlimen Puncak Borneo Willie Mongin - yang turut keluar parti, Lee brkata pihaknya sedang menyediakan dokumen yang diperlukan.

Laporan sebelum ini menyatakan, jumlah pampasan RM10 juta itu dinyatakan dalam dokumen yang ditandatangani mereka yang menjadi calon mewakili parti itu dalam PRU14.

Post a Comment

0 Comments