SEORANG pegawai kanan polis ditahan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor.
Penahanan itu dlakukan selepas pegawai polis tersebut disyaki meminta dan menerima rasuah sebanyak RM20,000, lapor Bernama.
Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim yang dipetik portal serupa mengesahkan perkara berkenaan berkata, pegawai berusia 40 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Selangor kira-kira 5.30 petang.
"Suspek ditahan kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah daripada seorang pengadu sebagai balasan membantu dan mempercepatkan tuntutan bayaran insurans kemalangan," katanya ketika dihubungi Bernama.
Susulan itu jelas Alias, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan, atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Difahamkan pegawai itu dibawa ke Mahkamah Majisteret Shah Alam 9 pagi esok bagi tujuan permohonan reman.
0 Comments