Anxin China dikenakan perintah berkurung


DAERAH Anxin dalam wilayah Hebei di China dilapor telah dikenakan perintah berkurung.

Ia susulan 18 baharu berkaitan Covid-19 dikesan sejak penularan kluster pasar borong di Beijing dilaporkan beberapa minggu lalu.

Pihak berkuasa China yang dipetik laporan media didakwa mengumumkan daerah itu akan ditutup dan dikawal sepenuhnya bermula Ahad bagi membendung gelombang kedua kes positif Covid.

Perintah berkurung ini dianggarkan akan memberi kesan terhadap 400,000 penduduk wilayah yang tinggal bersempadan dengan Beijing itu.

Difahamkan, penguatkuasaan terbaru itu akan sama seperti yang dikenakan di Wilayah Wuhan sebelum ini, ia bermakna hanya pekerja bagi beberapa sektor utama yang dibenarkan keluar rumah dan hanya ketua rumah dibenarkan untuk keluar membeli barangan keperluan.

Untuk rekod, Anxin terletak kira-kira 150 kilometer dari selatan Beijing.

Sejak penularan wabak itu di China akhir tahun lalu, republik itu berjaya mencatatkan penurunan kes dari semasa ke semasa.

Untuk mengelakkan berlakunya gelombang kedua, pihak berkuasa kesihatan negara itu mengambil perhatian serius terhadap apa juga langkah termasuk perkara-perkara kecil.

 

Post a Comment

0 Comments