Gesaan ADUN HARAPAN mendapat perhatian


GESAAN Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu, Lee Chean Chung yang mahu pembayaran cukai tanah dilanjutkan di Pahang mendapat respon Kerajaan Negeri.

Dalam satu laporan, kerajaan Pahang bersetuju melanjutkan tempoh pembayaran cukai tanah bagi semua hak milik tanah sehingga 31 Julai ini, sesuai dengan gesaan disuarakan Setiausaha Agung parti KEADILAN itu semalam.

"Dengan pelanjutan tempoh bayaran cukai itu adalah diharapkan ia dapat memberi masa yang mencukupi untuk semua pemilik tanah untuk menjelaskan cukai tanah sepenuhnya pada tahun ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini," menurut  kenyataan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang.

Terdahulu, Chean Chung membuat gesaan itu sebagai satu langkah meringankan beban rakyat ketika memerangi koronovirus (Covid-19) ini.

"Selama hampir 2 bulan, kebanyakan premis perniagaan tidak dibenarkan beroperasi kecuali sektor yang menawarkan perkhidmatan penting atau ‘essential service’. Walaupun pembukaan semula ekonomi diizinkan pada PKPB, namun untuk ekonomi atau prestasi perniagaan setiap sektor pulih memerlukan masa.

"Justeru, kita cadangkan agar Kerajaan Pahang melanjutkan tempoh Bayaran Cukai Tanah," katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan secara bersama membabitkan 8 ADUN lain daripada Pakatan Harapan (HARAPAN).

Selain Chen Chung, ADUN Bilut, Lee Chin Chen; ADUN Ketari, Young Syefura Othman, ADUN Sabai, D Kamache, ADUN Triang, Leong Yu Man,ADUN Tanah Rata, Chiong Yoke Kong, ADUN Teruntum, Sim Chon Siang, ADUN Mentakab, Woo Chee Wan dan ADUN Tras, Chow Yu Hui.

Selain gesaan agar pembayaran cukai tanah dilanjutkan, mereka juga menggesa Kerajaan Pahang juga mengkaji semula kadar Cukai Tanah Perindustrian dan Tidak bersyarat dengan mengembalikan kadar cukai tanah kepada kadar yang asal untuk tempoh tiga hingga lima tahun.

"Kita bimbang kebanyakan majikan dan pekerja terjejas dan tinjauan khas yang digerakkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia tentang kesiapsiagaan simpanan dan kewangan individu dan majikan hanya dapat bertahan untuk satu hingga empat bulan sahaja maksima.

"Tinjauan ini melibatkan sebanyak 168,182 daripada seluruh Malaysia dan hasil tinjauan (tersebut menunjukkan bahawa 5 peratus majikan dan pekerja adalah tidak bersedia dari segi kewangan untuk sepanjang tempoh PKP dan PKPB ini.

"Bukan itu sahaja, tempoh simpanan kewangan untuk 77.2 peratus majikan dan 82.7 peratus pekerja hanya mampu bertahan untuk dua bulan," katanya mereka.

Post a Comment

0 Comments