Toro Rosso kini dikenali sebagai Alpha Tauri

 
PASUKAN
Toro Rosso melakukan penjenamaan semula pasukan itu bagi saingan perlumbaan Formula Satu (F1) musim ini dengan nama dan wajah baru,

Pasukan itu yang kini dikenali sebagai Alpha Tauri masih kekal menggunakan jentera dari Honda dan meletak sasaran sasaran yang sama seperti musim lalu.

“Kami harus berada dalam kelompok lima terbaik kategori pengeluar,” ujar prisipalnya, Franz Tost pada pelancara jentera AT01 di Red Bulls Hangar di Salzburg.

Pada musim lalu, Toro Rosso menamatkan saingan di tempat keenam keseluruhan, menyamai pencapaian terbaik mereka dan menukar barisan pelumba apabila membariskan Daniil Kvyat dan Pierre Gasly.

Kedua-dua pemandu berjaya menaiki podium tahun lalu.

Alpha Tauri sebenarnya adalah adalah pasukan yang beridentiti asal Red Bull sejak ia diperkenalkan pada 2016.

Pasukan berkenaan menggunakan nama Toro Rosso sejak 2006 apabila Red Bull mengambil alih pasukan yang bergelut, Minardi.

Mereka berjaya melahirkan pelumba muda berbakat seperti juara dunia empat kali dari Jerman, Sebastian Vettel, pelumba Australia, Daniel Ricciardo dan Max Verstappen.

“Saya rasa projek Scuderia Alpha Tauri sangat luar biasa dan pengembaraan terbaru. Memang ia episod penamat buat Toro Rosso, di mana ia sedikit hiba buat saya kerana mereka memberikan peluang pertama saya dalam F1.

“Bagaimanapun, ia adalah episod baru buat Scuderia Alpha Tauri,” kata Gasly.

“Ia satu saat yang dinanti-nantikan. Nama baru buat pasukan dan penjenamaan semula. Sudah tentu dari segi teknikal pasukan ini akan meneruskan evolusi dari tahun lalu,” kata Kvyat dipetik.

Post a Comment

0 Comments