Remaja maut motosikal berlanggar kereta


SEORANG
remaja maut dan rakannya cedera selepas motosikal ditunggang mereka dirempuh kereta.

Dalam kemalangan di Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang jam 10 malam tadi, mangsa Mohammad Fadzli Mohammad Bastaman, 17, maut di tempat kejadian.

Rakannya sebaya mangsa, Mohamad Adam Ikhwan Ismail yang menunggang motosikal itu mengalami kecederaan dan dirawat di Hospital Pasir Mas. 

Memetik satu laporan media oleh Sinar, kedua-dua mangsa difahamkan dalam perjalanan dari dari arah Pasir Mas menghala ke Rantau Panjang untuk pulang ke rumah mereka.

Keadaan mangsa | Foto- Sinar
Setiba di lokasi kejadian, kereta Proton Persona yang dipandu seorang lelaki berusia 56 tahun menghala ke Pasir Mas dipercayai masuk ke laluan motosikal berkenaan menyebabkan berlaku perlanggaran.

Susulan pelanggaran itu mangsa tercampak ke sebelah kanan jalan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.