Rebah ketika daki Bukit Besar


SEORANG pendaki lelaki meninggal dunia ketika mendaki Bukit Besar di Kuala Terengganu pada Jumaat.

Sebelum kejadian, Yusof Omar, 59, dikatakan mendaki bukit bersama anak lelakinya menggunakan laluan denai bukit berkenaan sebelum tiba-tiba rebah.

Difahamkan mangsa yang juga kakitangan kerajaan mengalami sesak nafas pada jarak hanya hampir 100 meter dari puncak bukit kira-kira jam 6.30 petang.

Mangsa rebah ketika mendaki
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu, Timbalan Penguasa Bomba Rozizah Abni Hajar berkata, mangsa diturunkan orang awam yang berada di lokasi kejadian sebelum menghubungi pihak bomba bagi mendapatkan bantuan.

"Empat anggota termasuk penyelia dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 6.40 petang

"Bomba bersama pegawai perubatan naik ke lokasi menggunakan kenderaan utiliti jenis Hilux menggunakan laluan tar.

"Ketika tiba, mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan pegawai perubatan memberi bantuan awal pernafasan (CPR)," katanya dipetik laporan sebuah portal.


Selain anggota bomba, pegawai perubatan dari Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) juga difahamkan turut ke lokasi memberi bantuan sebelum mangsa dikejarkan ke HSNZ.

"Bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan susulan di HSNZ," katanya.

Post a Comment

0 Comments