ULASAN | Ketika debu mengaburi Deal of the Century iaitu satu rancangan keamanan yang dicetuskan oleh Donald Trump tiada kritikan pedas yang boleh saya tawarkan selepas melakukannya hampir setiap suku tahun.
Pemimpin
(dan calon Presiden) politik Amerika Syarikat (AS) sendiri seperti
Bernie Sanders dan Elizabeth Warren menyatakan kemarahan dan rasa tidak
puas hati dengan rancangan tersebut.
Ditambah pula, konspirasi
antara Jared Kushner dan Benjamin Netanyahu yang mempunyai agenda di
sebalik percubaan untuk menyelesaikan konflik yang paling lama dalam
sejarah dunia ini dengan memperkenalkan Israel sebagai negara aparteid
di Palestin.
Selain perkara di atas, saya rasa penting juga untuk membongkar siapa
penyokong yang memudahkan jalan kepada penindasan ini. Ia adalah
kerajaan dari Teluk Arab yang telah meninggalkan lima juta jiwa untuk
diseksa dan tidak dibela di Palestin.
![]() |
Perjanjian diusaha Trump ditolak |
Sekalipun menantu hingusan
Trump secara kasar mengatakan rakyat Palestin telah memusnahkan setiap
peluang untuk berdamai yang diberikan kepada mereka sepanjang 70 tahun
yang lalu, ia masih tidak masuk akal untuk menghapuskan mereka dalam
sejarah kehidupan manusia di dunia ini.
Bagaimanapun, saya
percaya terdapat golongan pembela yang menyokong rakyat Palestin untuk
mendapat hak mereka kerana kesanggupan mempertahankan tanah air mereka.
Namun, mereka yang menentang dengan ideologi ini tidak akan berhenti di sini.
Namun, mereka yang menentang dengan ideologi ini tidak akan berhenti di sini.
Penolakan Arab
Terdapat penolakan yang semakin meningkat terhadap orang
Arab secara khususnya dan umat Islam secara amnya kerana dianggap
agresif dan bengis.
Negara yang terlibat dengan peperangan dan
konflik yang berpanjangan itu bukannya Iraq atau Afghanistan atau Libya
tetapi AS dan Great Britain.
Israel secara berterusan berperang dengan negara lain sejak hari pertama diberi kuasa oleh kuasa-kuasa yang sama. Ia amat pahit untuk diterima, namun ia adalah fakta.
Israel secara berterusan berperang dengan negara lain sejak hari pertama diberi kuasa oleh kuasa-kuasa yang sama. Ia amat pahit untuk diterima, namun ia adalah fakta.
Walaupun anda menerima hujah anti-Arab ini, adakah berbaloi untuk
mempertimbangkan di mana perlu membataskan hal ini? Jika kita membiarkan
seramai lima juta rakyat Palestin terseksa, bagaimana pula dengan 100
juta orang Arab atau 50 juta orang Iran, bahkan satu bilion umat Islam
di seluruh dunia.
Dengan hanya menanyakan soalan itu dianggap
keterlaluan.
![]() |
Israel tidak berhenti berperang |
Semua itu nampak lebih mencurigakan apabila
negara-negara Majlis Kerjasama Teluk (Saudi, UAE, Oman dan Bahrain)
semuanya menyokong konspirasi Kushner/Netanyahu/Zionis Israel.
Ia
menimbulkan beberapa persoalan, kenapa mereka perlu meraikan
ketidakadilan rakyat Palestin yang dianggap oleh masyarakat dunia
sebagai sebahagian daripada golongan orang Arab?
Apakah yang bakal terjadi kepada kesejahteraan masa depan dan nilai diri mereka sendiri?
Tunduk
Adakah
mereka benar-benar berfikir ketika hari perhitungan kelak, orang Israel
dan AS akan berdiri di samping mereka, bersedia menumpahkan darah untuk
mempertahankan mereka? Jika anda sudah berhenti ketawa, maka
pertimbangkan jawapan yang ringkas itu tiada satu pun negara-negara ini
mengamalkan demokrasi atau autokrasi.
Mereka ialah raja monarki secara mutlak yang memerintah dengan kekerasan, paksaan dan penipuan.
Mereka ialah raja monarki secara mutlak yang memerintah dengan kekerasan, paksaan dan penipuan.
Saudi
mungkin menjadi ketua mereka dan Bahrain menjadi pengampu, namun mereka
semua daripada keturunan yang sama.
Orang munafik itu percaya dengan tunduk akur terhadap kehendak Zionis AS akan memastikan kelangsungan rejim mereka.
Orang munafik itu percaya dengan tunduk akur terhadap kehendak Zionis AS akan memastikan kelangsungan rejim mereka.
Malangnya, salah faham itu telah meresap ke dalam
buah fikiran masyarakat mereka, sebati dengan penyalahgunaan yang tidak
diceritakan.
Mereka tidak pernah mempunyai pilihan lain. Raja mereka mempunyai kuasa mutlak untuk melakukan apa sahaja.
Mereka tidak pernah mempunyai pilihan lain. Raja mereka mempunyai kuasa mutlak untuk melakukan apa sahaja.
Apabila tangan
penuh dengan intan permata, keinginan untuk menunjuk-nunjuk akan
meningkat supaya yang miskin mungkin merasa seperti raja.
Begitu juga dengan keinginan mereka ini akan berakhir tidak lama lagi dan kebimbangan akan dipulihkan.
Ia menjadi idaman untuk Bibi, Jared, Donald dan semua sahabat baharu mereka dari Teluk itu.
Begitu juga dengan keinginan mereka ini akan berakhir tidak lama lagi dan kebimbangan akan dipulihkan.
Ia menjadi idaman untuk Bibi, Jared, Donald dan semua sahabat baharu mereka dari Teluk itu.
Pada masa yang
sama, kita akan terus menerus menyokong rakyat Palestin dan mengutuk
aparteid Zionis selagi kita kuat untuk lakukannya, sebagaimana yang
perlu kita lakukan.
Dr RAIS HUSSIN ialah Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu dan Pengerusi Biro Strategi dan Dasar parti
Tulisan ini pertama kali disiarkan di portal Sinar dan ia tidak mencerminkan pendirian rasmi Kartel
0 Comments