Pejabat mufti bakal keluar kenyataan isu Sajad


PEJABAT Mufti Wilayah Persekutuan dilapor bakal mengeluarkan kenyataan berhubung isu Umrah Nursajat.

Timbalan Menteri di jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam), Fuziah Salleh berkata, beliau sudah menghubungi pejabat mufti berhubung isu itu yang mendapat perhatian seluruh masyarakat Islam di negara ini.

Terdahulu, Nursajat atau  Muhammad Sajad Kamaruzzaman,35 tahun berpakaian seperti wanita di Makkah ketika mengerjakan Umrah.

Tindakan usahawan kontroversi itu mengundang kritikan banyak pihak. 


BACA: Sajad seorang lelaki secara biologi - Menteri Agama

Sementara itu Fuziah berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ada menawarkan diri untuk membuat kajian hormon. ia susulan jantinanya yang mengelirukan.

"Fatwa daripada pejabat mufti mengatakan bahawa jika seseorang itu khunsa, dia boleh memilih untuk menjadi lelaki atau perempuan. Dia tidak boleh kejap lelaki kejap perempuan.

"Kita boleh bantu daripada kajian tersebut sama ada dia lebih cenderung kepada perempuan atau lelaki.

“Dari segi kelahiran yang tidak jelas, JAKIM juga boleh mengesahkan tetapi tidak dapat kerjasama daripada Sajat sendiri," katanya.

Sementara itu difahamkan, pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengadakan pertemuan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berhubung kontroversi membabitkan Nursajat.

Difahamkan, pertemuan yang diadakan petang ini akan membincangkan mengenai status jantina usahawan berkenaan, sama ada lelaki ataupun khunsa.
 

Post a Comment

0 Comments