KERAJAAN Negeri Sembilan ingin menggalakkan lebih ramai pelabur melabur di kawasan pertumbuhan baharu negeri meskipun persekitaran ekonomi global dilihat mencabar.
Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan negeri Datuk Dr Mohamed Rafie Abd Malek berkata, setakat Jun lepas, 901 projek pembuatan dilaksanakan di negeri itu.
Ia tambahnya melibatkan nilai pelaburan RM37.2 bilion yang mewujudkan lebih 100,000 peluang pekerjaan.
Sementara itu tambah Mohamed Rafie, kerajaan juga telah mewujudkan asas untuk pelabur, dengan kewujudan projek Malaysia Vision Valley 2.0 (MVV 2.0).
Dengan pelbagai kemudahan diatas kawasa seluas 153,411 hektar di daerah Seremban dan Port Dickson beliau itu, beliau yakin lebih banyak pelabur dapat ditarik melabur di negeri itu.
"MVV 2.0 yang terletak di selatan Lembah Klang adalah destinasi semula jadi dan bakal menyediakan kesan limpahan daripada pembangunan di Lembah Klang,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Arham Abdul Rahman pula berkata, masih banyak ruang untuk pengembangan atau pempelbagaian bagi syarikat sedia ada di Malaysia untuk melabur semula.
Ini kerana jelasnya, Malaysia menawarkan asas ekonomi kukuh dan keupayaan menyediakan gabungan ramuan yang betul sebagai destinasi menguntungkan bagi syarikat baharu untuk berkembang di rantau ini.
Arham turut berkata syarikat tempatan dan asing juga wajar mengambil peluang menyertai dalam Projek Pemecut Ekonomi (EAP) di sepanjang koridor Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).
“Pasukan ECRL MIDA ketika ini sedang berbincang dengan negeri-negeri yang terbabit dan pihak-pihak yang berminat untuk memaklumkan dan memperkenalkan EAP,” katanya.
0 Comments