LTdL Stage 2: Jones juara, Federov kekal kuasai jersi


PELUMBA pasukan Ara Pro Racing Sunshine Coast, Taj Jones muncul pemenang peringkat 2 PETRONAS Le Tour de Langkawi (LTdL) siang tadi.

Saingan sejauh 175.5 dari Kuala Terengganu ke Kerteh itu merupakan jarak laluan terpanjang pada edisi kali ini.

Perlumbaan yang penuh saingan itu menyaksikan pemecahan membabitkan lima pelumba Mattia Viel (Androni), Alessandro Iacchi (Zabu), Rylee Field (Bridgelane), Muhammad Nur Aiman Mohd Zariff (Sapura) dan Colby Lange (Wildlife) berlaku di km 20

Namun peloton besar berjaya menangkap kelompok pemecah ketika saingan berbaki tiga km terakhir yang menyaksikan kemalangan membabitkan beberapa pelumba berlaku.

Berbanding peringkat sebelumnya, perlumbaan hari ini menyaksikan pelumba tiba beramai-ramai ke garis penamat.

Jones terlebih dahulu melepasi garis penamat dengan catatan masa empat jam lima minit 29 saat.

Maximilian Walsceid dari NTT Team berada di tempat kedua dan Jeremy Lecroq (B&B Hotel Vital Concept) melengkapkan kedudukan podium.

Sementara itu, tiada pertukaran jersi berlaku susulan keputusan hari ini.

Pelumba Kazakhstan dari Pasukan Vino Astana Motors, Yevgeniy Fedorov yang mengungguli perlumbaan peringkat pertama di Kuching semalam masih lagi gah menyarung tiga jersi utama iaitu Jersi Kuning PETRONAS, Jersi Putih dan Jersi Hijau PETRONAS.

Sementara itu, pelumba sensasi dari Terengganu Cycling, Mohd Harrif Saleh muncul pelumba terbaik Malaysia apabila menamatkan saingan di kedudukan kelima.

Pada saingan yang menawarkan laluan paling panjang pada edisi kali ini iaitu sejauh 175.5 km, Mohd Harrif Saleh dari Terengganu Cycling muncul pelumba terbaik Malaysia apabila menamatkan saingan dikedudukan kelima.

Pada pusingan pemanas badan di Kota Kinabalu pada Jumaat, Harrif muncul sebagai naik juara.

Esok saingan diteruskan dari Temerloh ke Kuala Lumpur meliputi jarak 162.5km dengan tiga zon pecutan di Bandar Mentakab, Desa Bakti dan Mempaga dengan saingan pendakian akan bermula di Bukit Damar, Bentong dan Genting Sempah.

Post a Comment

0 Comments