DBKL roboh enam gerai warga asing


DEWAN
Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dilapor bertindak merobohkan enam gerai diusahakan peniaga Indonesia di Jalan Palong, Taman Miharja pada Rabu.

Tindakan merobohkan struktur binaan itu dilaksana DBKL dalam 'Operasi Tegas'

Unit Media DBKL berkata, selain perobohan enam gerai itu, bekalan elektrik di 13 premis di kawasan sama turut dipotong Tenaga Nasional Berhad (TNB).

"Kesemua tindakan adalah mengikut peruntukan undang-undang dan prosedur operasi standard yang dikuatkuasakan DBKL serta agensi terlibat.

" Operasi khas yang turut melibatkan kerjasama polis, TNB, Air Selangor ini akan diteruskan dari semasa ke semasa, " kata DBKL.

Menurut mereka lagi, notis penguatkuasaan telah diedarkan sebelum tindakan di ambil di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1960 dan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

Post a Comment

0 Comments