SEORANG pemandu mabuk merempuh sekumpulan kanak-kanak dengan trak pikapnya dipandunya.
Dalam kejadian di subbandar Oatlands di barat Sydney semalam, dua orang adik-beradik perempuan, abang mereka dan seorang sepupu maut, manakala tiga lagi parah.
Kanak-kanak tersebut berada di laluan pejalan kaki ketika kenderaan pacuan empat roda itu memandu naik ke atas laluan dan merempuh mereka, menurut polis seperti dilapor AFP.
“Kelmarin saya telah kehilangan tiga orang daripada anak-anak saya.
"Saya mempunyai seorang sepupu, Bridget, beliau turut kehilangan anak perempuannya,” Daniel Abdallah.
Difahamkan, mangsa adik beradik berusia 8 hingga 12 tahun dan seorang budak lelaki berusia 13 tahun meninggal serta merta di tempat kejadian.
Sementara itu, sumber polis memaklumkan susulan kejadian itu, seorang pemandu berusia 29 tahun telah didakwa dengan tuduhan pembunuhan tanpa niat dan memandu dalam keadaan mabuk paras tinggi.
“Apa yang saya ingin katakan adalah, tolonglah, para pemandu semua berhati-hati.
"Kanak-kanak ini hanya berjalan tanpa sebarang kesalahan, berseronok di samping satu sama lain dan pada pagi ini apabila saya bangun, saya telah kehilangan tiga orang anak.” tambah Daniel Abdallah lagi.
Pemandu terbabit menurut laporan itu lagi dihadapkan di mahkamah semalam berdepan dan berdepan 20 dakwaan.
![]() |
Kenderaan dipandu suspek | Sumber-TNV |

0 Comments