SEKURANG-KURANGNYA 13 individu terbunuh dalam satu kejadian letupan di sebuah masjid di bandar Quetta di barat daya Pakistan semalam.
Agensi berita Reuters dalam laporannya berkata, insiden itu juga mengakibatkan 20 individu lain cedera.
Seorang pegawai kanan polis, Haji Amanullah antara yang disenaraikan maut. Anaknya dibunuh oleh individu tidak dikenali bulan lepas.
Pihak polis percaya bom tersebut telah ditanam di dalam masjid berkenaan dan meledak ketika waktu orang ramai hadir ke masjid untuk bersolat.
"Setakat ini, 13 mayat mangsa terkorban dan 20 yang cedera dibawa ke sini," kata jurucakap hospital tempatan, Dr Wasim Baig dipetik Reuters.
Sementara itu, jurucakap tentera Pakistan berkata pihak tentera kini giat melakukan operasi mencari sekiranya masih ada bom di sekitar tapak kejadian.
0 Comments