'Raja gelek' makin pulih, mampu berjemaah di masjid


DATUK Muhammad Daud Kilau yang sebelum ini dilapor kurang sihat sudah menunjukkan perkembangan positif.

Sinar yang memetik portal Perak Gazzete melaporkan, penghibur terkenal itu sudah mampu berjalan dan menunaikan solat secara berjemaah di masjid.

"Selepas menerima pelbagai rawatan, penyakit yang saya hadapi seperti penyakit kencing manis, kebas kaki dan tangan serta sakit pinggang kini mula beransur sembuh.

"Saya berharap dan sentiasa berdoa agar penyakit dan kesihatan saya semakin sembuh supaya saya dapat menjalani solat saya dengan sempurna dan boleh berjalan seperti biasa, "kata Pelantun lagu Sirih Pinang dan Cek Mek Molek itu.

Sementara itu, melalui laman Facebook Perak Gazzete, M Daud Kilau turut menzahirkan rasa terharu menerima kunjungan daripada 30 peminatnya yang datang dari Tapah bagi melihat keadaan terkininya.

"Saya bersyukur kerana ada peminat yang datang melihat diri saya. Sebak rasanya dengan kehadiran mereka yang tak pernah lupakan saya.

"Malahan mereka sentiasa mendoakan diri saya agar cepat sembuh. Kehadiran mereka ini saya merasakan macam penyakit berpisah sekejap dari diri saya," katanya dipetik.

Post a Comment

0 Comments