Doktor maut motosikal langgar belakang kereta


SEORANG
doktor perubatan meninggal dunia selepas terbabit dalam nahas di KM 13.6, Jalan Taiping - Kuala Sepetang di sini hari ini.

Mangsa, Abdul Mukmin Abdul Manan, 29, yang bertugas di Hospital Taiping sebelumnya terlibat kemalangan dengan sebuah kereta dipandu seorang lelaki berusia 77 tahun kira-kira jam 12.40 petang semalam.

Abdul Mukmin menghembus nafas terakhir pada jam 8.22 malam ketika menerima rawatan akibat kecederaan parah di kepala.

“Kemalangan itu dipercayai berlaku apabila kereta terbabit ingin membelok masuk ke simpang kiri menuju ke Jalan LTS Utama 2.

“Mangsa yang menunggang dari arah belakang telah terlanggar bahagian kiri kereta itu,” kata Ketua Polis Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat.

Dalam kejadian itu, Abdul Mukmin difahamkan menunggang motosikal jenis Honda Wave dan kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari arah Taiping menghala ke Simpang.

Sementara Osman berkata, pihaknya menafikan insiden itu nahas langgar lari seperti yang didakwa netizen di laman sosial susulan laporan kemalangan telah dibuat pihak terlinat pada jam 1 petang. 

Post a Comment

0 Comments