Ketua Armada Tanjung Malim maut kemalangan


SEORANG pemimpin muda Pakatan Harapan (HARAPAN) maut selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Tapah, Perak.

Dalam kejadian sekitar jam 6.15 pagi itu, Luth Ishak yang juga adalah Ketua Pemuda Bersatu (Armada) berada di bahagian penumpang hadapan kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Triton dinaikinya bersama tiga yang lain merempuh belakang lori sebuah lori.

Ketua Polis Daerah Tapah, Supt Wan Azharuddin Wan Ismail dilaporkan sebagai berkata, kejadian di Kilometer 315.8 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) itu berlaku apabila lori yang membawa muatan telur ayam dan kekacang itu dipercayai menukar laluan dari lorong kanan ke lorong kiri secara tiba-tiba, menyebabkan pemandu kenderaan pacuan empat roda gagal mengawal kenderaan dipandunya.

Akibat daripada kemalangan itu, Luth maut di tempat kejadian manakala tiga lagi rakannya cedera termasuk dua parah.

Sementara itu, pemandu lori berkenaan turut mengalami kecederaan patah kaki.

Wan Azharuddin turut dilaporkan berkata, mayat Luth Ishak  dibawa ke Unit Forensik Hospital Tapah untuk bedah siasat. kes tersebut kini disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Post a Comment

0 Comments