SEORANG anggota polis cedera ringan dilibas dengan parang oleh seorang lelaki dipercayai kurang siuman di perkarangan Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 dekat Kuantan siang tadi.
Ketua Polis Daerah (IPD) Kuantan ACP Mohamad Noor Yusof Ali yang dipetik laporan Bernama berkata anggota polis berpangkat koperal berusia 29 tahun itu dilibas di bahagian kepala dan tangan oleh individu tersebut yang turut tidak berpakaian.
Bagaimanapun menurut Mohamad Noor, anggota tersebut hanya mengalami cedera di lengan kanan kerana semasa kejadian beliau memakai topi keledar.
Terdahulu, anggota polis dari Unit Rondaan Bermotosikal (URB) IPD Kuantan itu diarahkan ke jejantas di Jalan Besar berdekatan Masjid tersebut bagi memeriksa aduan seorang lelaki yang dikatakan mengetuk besi jejantas dengan menggunakan parang sekitar pukul 11.30 pagi.
“Suspek difahamkan telah melarikan diri ke masjid yang terletak kira-kira 100 meter dari jejantas itu dan mengamuk di perkarangan masjid serta mencederakan diri sendiri sebelum bertindak melibas parang ke arah anggota polis yang cuba menghampirinya.
“Anggota polis segera menjarakkan diri bagi menenangkan suspek yang dianggar berusia dalam lingkungan 40-an selain mahu mengelakkan berlaku kejadian tidak diingini,” katanya.
Mohamad Noor berkata suspek kemudiannya melarikan diri ke jambatan Tanjung Lumpur yang terletak kira-kira 200 meter dari masjid dan mencampakkan parang itu ke dalam sungai.
Suspek kemudianya berjaya ditahan dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA ) di sini untuk rawatan dan pemeriksaan mental.

0 Comments