Dong Jiao Zong batal persidangan berkenaan Jawi


PERSEKUTUAN Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina (Dong Zong) dan Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina (Jiao Zong) akhirnya membatalkan persidangan bagi membantah pengenalan Jawi di sekolah Venakular.

melalui satu kenyataan, persatuan itu mengesahkan bahawa persidangan yang dijadualkan akan diadakan esok tidak diteruskan setelah menerima perintah  mahkamah daripada polis petang tadi.

“Dong Jiao Zong terpaksa membatalkan persidangan tersebut, meminta semua wakil dan pertubuhan yang terlibat membatalkan kehadiran untuk persidangan tersebut,” katanya.

Ketua Polis Kajang, Ahmad Dzaffir Mohd Yussof dalams atu kenyataan hari ini berkata polis memohon perintah mahkamah itu bagi mengekalkan keselamatan dan ketenteraman awam, selepas menerima banyak laporan polis dari seluruh negara berhubung persidangan itu.

“Polis akan ambil tindakan tegas sekiranya ada pihak yang enggan mematuhinya,” katanya dalam kenyataan.

Beberapa pemimpin sebelum ini termasuk Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa agar persidangan itu dibatalkan kerana boleh mencetuskan reaksi balas dikalangan penyokong.

persatuan itu tegasnya perlu kembali ke meja rundingan bagi menyelesaikan kemelut berhubung tulisan jawi tersebut.

Post a Comment

0 Comments