SEORANG anggota tentera maut selepas kereta dipandunya hilang kawalan dan dirempuh sebuah kereta lain.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ismail Dollah berkata, dalam kejadian di laluan bertentangan dalam kejadian di Jalan Felda Ulu Tebrau di sini pagi tadi, Mohd Shariff Mohd Yusof, 36, yang beralamat di Taman Seri Impian Kluang maut ditempat kejadian.
siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kira-kira jam 6.30 pagi itu apabila kereta Perodua Viva dipandu mangsa dari arah Felda Ulu Tebrau hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan.
"Kereta Perodua Bezza dari arah bertentangan tidak sempat mengelak kereta mangsa lalu berlanggar," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Ismail lagi, akibat daripada pelanggaran itu mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Manakala pemandu Perodua Bezza berusia 42 tahun dibawa ke Hospital Sultan Ismail bagi mendapatkan rawatan kerana patah bahu.
"Siasatan lanjut masih dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Tiada kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian. Tiada saksi bebas yang hadir membuat laporan," katanya pihak polis lagi.
0 Comments