Anwar beritahu Najib, bilik penjara dah sedia


DATUK
Seri Anwar Ibrahim menyampaikan gurauan kepada Najib Razak bahawa bilik penjara yang dihuninya di Sungai Buloh sebelum ini telah bersedia menanti penghuni baharu.

Ketika mengulas keputusanerhadap kes jenayah yang dikaitkan dengan Najib, Anwar berkata " Dahulu 10 tahun setengah saya keluar masuk penjara, sekarang bilik itu (Penjara Sungai Buloh) kosong, nasib kamu pula!"

Tambah Anwar, keputusan awal mahkamah terhadap pertuduhan kes syarikat berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu dianggap satu permulaan baik dalam memberi keadilan kepada rakyat.

Meskipun mengakui tidak sabar menunggu pemimpin seperti kleptokrasi itu dijatuhkan hukuman setimpal, Anwar menegaskan Pakatan Harapan (HARAPAN) dan rakyat perlu akur bahawa ia perlu mengikut proses perundangan sedia ada.

"Kita ada proses undang-undang dan kita kena ikut," katanya semalam.

Sebagai rekod, Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali memerintah Najib embela diri berhubung pertuduhan menyeleweng RM42 juta daripada dana SRC International Sdn Bhd.

Tegas hakim, pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap bekas perdana menteri itu dengan bukti-bukti yang boleh dipercayai.

Sementara itu,Presiden KEADILAN itu berharap pengundi di Tanjung Piai dapat terus mempertahankan kerusi tersebut dari dirampas BN.

Ia jelasnya bagi memastikan perubahan negara yang sedang dilaksana dapat berjalan lancar.

"Saya jelaskan mengapa kita perlu pertahankan HARAPAN pada pilihan raya kecil (PRK) Tanjung Piai.

"Kita bukan datang sini hendak buat propaganda semua benda kita sudah buat... kerana semua perkara (penambahbaikan) perlu ambil masa.

"Kita tidak boleh ubah negara sekelip mata...Sebab itu sekarang kita kena bagi ruang PH hendak betulkan kerajaan... kena bagi ruang dan sokongan kepada (Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir (Mohamad) supaya politik aman ," jelasnya.

Post a Comment

0 Comments