POLIS mengklasifikasikan kes penemuan mayat lelaki yang diikat ketulan bata pada leher dan pinggang di Sibu sebagai kes bunuh.
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Dev Kumar M.M Sree berkata, kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Ia susulan penemuan bukti baharu hasil daripada soal siasat terhadap seorang wanita sebagai saksi kes berkenaan.
"Kami telah mengklasifikasi semula kes itu sebagai bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
![]() |
Kes disiasat semula susulan bukti baru |
"Polis percaya wanita yang dibawa ke balai untuk soal siasat mengenali kesemua suspek dan dia mungkin mampu memberi sedikit petunjuk mengenai insiden itu," katanya dipetik laporan Awani.
Terdahulu, mayat seorang lelaki ditemui di celah kapal minyak di sebuah jeti persendirian di Jalan Lanang pada Isnin lalu.
Mayat memakai berseluar panjang tanpa baju itu dijumpai orang awam yang memancing di jeti berkenaan kira-kira jam 6 petang.
Sementara itu tambah Kumar, saksi berkenaan mendakwa ada melihat pergaduhan tersebut, namun tidak melihat suspek membuang mangsa ke dalam sungai.
Katanya, terdapat empat suspek dipercayai orang asing terlibat dalam pergaduhan itu.
Kesemua suspek itu turut dipercayai telah bertindak melarikan diri dan mungkin sudah pulang ke negara mereka sejurus selepas kejadian.
0 Comments