PENYELARAS Parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan diingat agar tidak terus membuat kenyataan biadap yang dan tersasar dari landasan yang telah dipersetujui Pakatan Harapan (HARAPAN).
Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid, melalui satu kenyataan media berkata, kenyataan Khairuddin mutakhir ini telah memberi gambaran bahawa beliau seolah-olah mahu menggerakkan konspirasi untuk menggagalkan proses peralihan kuasa perdana menteri.
"Saya ingin mengingatkan Khairuddin supaya semak semula perjanjian konsensus Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
![]() |
Abdullah Sani mempersoalkan tindakan Khairuddin |
"Adakah Khairuddin sedang mengetuai siri plot fitnah terbaru yang juga didalangi oleh beberapa tokoh tertentu?" soal Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN itu.
Tambah Abdullah Sani yang juga merupakan Ahli Parlimen Kapar, sejarah jelas telah membuktikan Khairuddin sebagai salah seorang penulis ‘50 dalil mengapa Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri yang menyebabkan tercetuskan insiden tahun 1998.
Terdahulu, Khairuddin mendakwa Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak memimpin negara.
Dalam satu kenyataan‘Sejarah hitam 1998 akan berulang kembali’ yang dilaporan media Khairuddin menggambarkan seolah-olah beliau mahu menghalang kebangkitan politik Anwar.
BACA: Mengapa Syed Saddiq 'sentap' dengan kritikan Syed Husin Ali?
BACA: Tun M jangan calar kepercayaan rakyat - Otai Reformis
Sebagai rekod, Khairuddin dilihat sebagai individu yang rapat dengan Perdana Menteri. Beliau sering kali menyerang pengkritik Tun Dr Mahathir Mohammad.
Khairuddin sebelum ini pernah mengumumkan keluar dari Bersatu atas sebab-sebab yang tidak diketahui tetapi bertanding PRU14 di bawah tiket Amanah.
Namun, Khairuddin tewas di Parlimen Jasin dan tewas sekali dalam petisyen mahkamah bagi mencabar keputusan tersebut.
Sementara Anwar pula ialah Menteri Kewangan dari 1991-1998 dan Timbalan Perdana Menteri dari 1993 hingga 1998.
Calon dinamakan sebagai pengganti jawatan perdana menteri itu pernah dinobatkan sebagai Menteri Kewangan Terbaik Asia pada tahun 90an.
0 Comments