Nak rasa pengalaman bermalam di pejabat presiden Taiwan?


BAGAIMANA perasaan anda jika melancong ke luar negara dan diberi kesempatan bermalam di pejabat presiden, teruja bukan?

Kini ia bukan sekadar angan-angan, siapa tahu jika anda bakal mengalaminya sendiri.

Baru-baru ini, Taiwan menjemput orang ramai merasai sendiri pengalaman itu. Ia dibuat sendiri Presiden Taiwan, Tsai Ing-wen menerusi video disiarkan dalam bahasa Inggeris.

Pejabat presiden Taiwan | Sumber -ttnotes
"Saya mengalu-alukan kedatangan anda ke Taiwan dan menerima layanan baik kami. Ketika berada di sini, mengapa tidak anda menjadi tetamu saya dan bermalam di bangunan pejabat presiden," kata Tsai Ing-wen dipetik media antarabangsa AFP.

Sementara itu, jurucakap presiden, Xavier Chang berkata, program itu adalah yang pertama seumpamanya di dunia dan matlamatnya adalah untuk menunjukkan kebebasan, demokrasi dan keterbukaan mereka.

Ia juga inisiatif Taiwan melonjakkan kembali industri pelancongan negara itu yang menyaksikan penurunan drastik jumlah pelancong.

Ruang dalam Pejabat Presiden | Sumber- Google
Difahamkan, sehingga 20 pelancong antarabangsa akan dipilih untuk bermalam secara percuma di mercu tanda berusia 100 tahun itu

Pelancong yang menginap bakal berkesempatan menyaksikan upacara menaikkan bendera kebangsaan yang bermula seawal jam 5.30 pagi.

Pemohon bagi program yang dijangka bermula Oktober ini perlu berumur 20 tahun ke atas, bukan warga Taiwan dan menghantar rancangan kunjungan mereka bersama video kreatif.

Post a Comment

0 Comments