Isteri bos restoran daun pisang terkenal maut




ISTERI kepada pemilik restoran daun pisang terkenal di Pulau Pinang dilapor maut dalam kemalangan di Perak pagi tadi.

Puvaneswary Kannan, 47, disahkan maut ditempat kejadian setelah kereta dinaiki bersama suaminya  Harikrishnan N Veerasamy, 51, serta dua anak lelaki mereka terbabas di di KM200.9 Lebuh Raya Utara-Selatan arah Utara.

Harikrishnan N Veerasamy merupakan pemilik rangkaian restoran Sri Ananda Bahwan.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, kemalangan itu membabitkan sebuah kereta mewah jenis Range Rover yang dinaiki empat mangsa.

Keadaan kenderaan mangsa | Sumber - FMT
"Siasatan mendapati kejadian berlaku apabila mereka dari arah Taiping menuju ke Pulau Pinang dan apabila sampai di lokasi kejadian, tiba-tiba kenderaan tersebut hilang kawalan.

"Keadaan itu menyebabkan kereta mangsa terbabas ke bahu jalan lalu melanggar sebatang pokok," kata Omar.

Tambah pihak polis, mangsa telah dibawa ke Hospital Parit Buntar, manakala N. Harikrishan bersama dua anak berusia 21 dan 17 tahun yang cedera dibawa ke Hospital Taiping bagi mendapatkan rawatan.

Pihak berkuasa menyiasat kes ini dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Post a Comment

0 Comments