2,500 mahasiswa terima manfaat Program Siswa Sulung

SERAMAI 2,500 mahasiswa daripada keluarga kurang berkemampuan menerima pengecualian yuran pengajian di universiti awam bagi sesi akademik 2024/2025.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata, manfaat itu diterima menerusi Program Siswa Sulung 2.0

“Untuk kumpulan pelajar baharu, sekitar 2,500 mahasiswa (terpilih)Secara keseluruhannya, kita jangkakan sekitar 8,000 pelaja akan menerima bantuan ini.

“Maknanya tidak ada lagi alasan untuk mengatakan kita tidak mengambil perhatian terhadap mereka. Dalam Kerajaan Madani ini, kita berikan perhatian,” katanya pada pemberita.

Dr Zambry  sebelumnya hadir ke program Jelajah Kampus Madani ‘In Person with Doc Zam: Tips & Tricks for Freshies’ bersempena Minggu Apresiasi Watan (MAW) Sesi 2024/2025 di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di Bangi pada Ahad.

Program Siswa Sulung 2.0 adalah bantuan pengecualian yuran pengajian yang diberikan kepada individu pertama dalam keluarga B40 atau keluarga kurang mampu yang berjaya melanjutkan pengajian peringkat ijazah pertama di universiti awam.

menerusi program tersebut, mahasiswa yang tersenarai dalam keluarga miskin tegar dan berada dalam sistem eKasih akan menerima manfaat tersebut.

“Inilah pendekatan Kerajaan Madani bagi memastikan pelajar daripada keluarga yang susah, miskin, miskin tegar dan eKasih diberikan ruang," tambahnya.

Post a Comment

0 Comments