KETUA Wanita Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Fadhlina Sidek menggesa setiap jentera parti dalam Kerajaan Perpaduan turun padang bagi menyantuni rakyat.
Fadhlina yang juga Menteri Pelajaran berkata, langkah itu perlu bagi memastikan rakyat dapat menerima mesej kesediaan Kerajaan Perpaduan berkhidmat demi rakyat sekaligus memastikan kemenangan parti dalam kerajaan pada PRN yang bakal diadakan tidak lama lagi.
“Tujuan kita berhimpun hari ini adalah untuk memberi gambaran kepada rakyat bahawa kita bersedia untuk berkhidmat dan memastikan kemenangan PRN di enam negeri.
“Pastikan puan-puan turun ke akar rumput untuk berjumpa rakyat, ketuk setiap pintu dan pintu hati rakyat serta berikan jaminan bahawa ini adalah kerajaan yang terbaik dan paling stabil dalam membina ekonomi rakyat dan negara,” katanya pada perbahasan dalam bicara wanita Kerajaan Perpaduan pada Ahad.
![]() |
Jentera parti digesa ganda usaha dekati rakyat |
Ia termasuk enam rukun dalam konsep Kerajaan MADANI bagi memastikan tiada rakyat akan dipinggirkan dalam usaha kerajaan menoktahkan masalah kemiskinan di negara ini.
0 Comments