MENTERI PENDIDIKAN, Fadhlina Sidek mengambil maklum dan memahami sentimen ibu bapa pelajar yang mahu sesi persekolahan dibuka pada Januari berbanding Mac ketika ini.
Dipetik laporan media, Ahli Parlimen Nibong Tebal itu memberi jaminan bahawa Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengembalikan takwim sesi persekolahan bermula Januari.
Ketika ini kementerian sedang mengusahakan perkara itu dan ia memerlukan tempoh masa tertentu sebelum dapat dilaksanakan.
"Saya hendak tegaskan sekali lagi bahawa kita sedang menuju kepada Januari semula, itu jaminan KPM.
"Namun, kita memerlukan sedikit masa kerana perlu mematuhi Akta Pendidikan bahawa kanak-kanak mesti bersekolah sekurang-kurang 190 hari.
"Kita juga perlu memastikan beberapa episod peperiksaan, terutama Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), tidak mengganggu kitaran anak-anak ini serta faktor ekonomi lain," katanya pada Rabu.
Sebagai rekod, takwim sesi persekolahan diubah daripada Januari kepada Mac sejak 2022, selepas kerajaan ketika itu mengumumkan sesi persekolahan 2021 dilanjutkan hingga Februari tahun berikutnya akibat pandemik Covid-19 melanda negara.
Sebahagian ibu bapa juga baru-baru ini mendesak supaya sesi persekolahan dimulakan pada awal bulan bagi memudahkan mereka mengurus perkara lain melibatkan pelajar.
Dalam perkembangan berkaita, Fadhlina turut menyatakan KPM akan meningkatkan program advokasi bagi memberi kesedaran mengenai cadangan mewajibkan pendidikan ke peringkat sekolah menengah.
"Apa yang penting ialah memberi kefahaman kepada ibu bapa dan pelajar mengenai kepentingan pendidikan. Kita mahu mengatasi keciciran dalam kalangan pelajar, dan memastikan semua kanak-kanak mendapat akses ke sekolah," tegasnya Usaha kembalikan takwin asal sedang diusahakan
Pada Selasa, Dewan Negara diberitahu bahawa KPM sudah menyerahkan draf cadangan kepada Pejabat Peguam Negara untuk mewajibkan pendidikan pada peringkat sekolah menengah berbanding dasar ketika ini yang hanya mewajibkan pelajar mendapat pendidikan setakat Darjah 6 sahaja.
0 Comments