JAWATANKUASA Penasihat Kementerian Kewangan akan memberi fokus kepada cara dan sumber untuk meningkatkan pendapatan negara, kata Pengerusinya.
Tan Sri Mohd Hassan Marican dalam satu kenyataan akhbar berkata, selain fokus kepada usaha itu, jawatankuasa juga akan mencari cara untuk mengurangkan perbelanjaan mengurus yang perlu ditanggung negara.
“Peranan utama Jawatankuasa Penasihat adalah antara lain untuk menasihati Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai cara meningkatkan asas hasil negara dan mengurangkan kos pengurusan.
“Jawatankuasa Penasihat juga akan menasihati Menteri Kewangan dalam perkara berkaitan subsidi, termasuk menyemak dan menyusun semula subsidi sedia ada serta penyediaan perlindungan sosial yang lebih holistik.
“Perkara berkaitan GLC juga termasuk seperti menentukan rangkaiannya dengan kerajaan selain menyatukan mengikut kesesuaian. Selain itu, akan dinasihatkan perkara berkaitan hutang negara dan tadbir urus yang baik," katanya.
Selain itu Mohd Hassan turut menjelaskan antara tugas lain jawatankuasa itu termasuk perihal subsidi kerajaan, menasihat berkenaan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan menguruskan hutang negara.
Melalui kenyataan sama beliau turut memaklumkan bahawa Jawatankuasa Penasihat kepada Menteri Kewangan itu sudah mula menjalankan tugas mereka dengan mengadakan mesyuarat sulung pada Jumaat lalu.
![]() |
Tumpu usaha tambah pendapatan negara |
Jawatankuasa akan bermesyuarat sekerap mungkin bergantung keperluan dan akan melapor terus hasil mesyuarat kepada Menteri Kewangan, kata Mohd Hassan yang juga Penasihat Petronas itu.
0 Comments