BEKAS menteri undang-undang Zaid Ibrahim berpesan kepada Abdul Hadi Awang bahawa aspek integriti dan majoriti dalam kerajaan adalah dua perkara berbeza.
Pesanan itu sampaikan Zaid kepada Ahli Parlimen Marang itu susulan s artikel “Tawaran Kerajaan Selamatkan Rakyat: Negara Berkebajikan Membawa Berkat” dimuatnaik Presiden PAS itu di laman facebook yang menulis kuasa yang kuat dengan sokongan majoriti 2/3 tiada makna sekiranya berlaku zalim dan tiada integriti.
Zaid berkata, berdasarkan apa difahaminnya, Abdul Hadi cuba memberi pendapat bahawa tidak ada maknanya jika parti politik seperti Umno atau Pakatan Harapan (HARAPAN) mendapat kemenangan besar kerana mereka dianggapnya tiada integriti.
"Integriti - untuk maklumat Abdul Hadi - adalah sifat dan nilai seseorang seperti keikhlasan, keterbukaan, patuh kepada undang-undang dan tidak memutar belit fakta untuk menyesuaikan diri mereka dengan keadaan semasa
"Integriti itu berbeza daripada keperluan majoriti. Ia dua konsep yang berlainan," kata Zaid.
Mengulas lanjut mengenai integriti, Zaid berkata golongan terbaik dijadikan contoh sebagai orang tidak berintegriti adalah “mereka yang menggunakan Covid-19 sebagai alasan untuk kekal berkuasa melalui darurat”.
"Contoh lain ialah (pihak yang) menggunakan kuasa kerajaan untuk memujuk wakil rakyat melompat parti, menggunakan wang kerajaan tanpa perlu diluluskan oleh Dewan Rakyat, bercakap mengenai reformasi dan kerajaan cara Islam tetapi tidak sanggup membuat perubahan struktur dan menyeluruh dalam sistem pentadbiran negara secocok dengan kehendak negara demokrasi tulen," katanya.
Dalam pada itu, Zaid menekankan betapa perlunya pihak yang ingin memerintah secara sah menunjukkan ia mendapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat.
“Kerajaan yang sah di negara kita adalah kerajaan yang disokong oleh sebahagian besar wakil rakyat yang dipilih semasa pilihan raya umum. Ini konsep yang mudah difaham,” katanya.
Pesanan itu sampaikan Zaid kepada Ahli Parlimen Marang itu susulan s artikel “Tawaran Kerajaan Selamatkan Rakyat: Negara Berkebajikan Membawa Berkat” dimuatnaik Presiden PAS itu di laman facebook yang menulis kuasa yang kuat dengan sokongan majoriti 2/3 tiada makna sekiranya berlaku zalim dan tiada integriti.
Zaid berkata, berdasarkan apa difahaminnya, Abdul Hadi cuba memberi pendapat bahawa tidak ada maknanya jika parti politik seperti Umno atau Pakatan Harapan (HARAPAN) mendapat kemenangan besar kerana mereka dianggapnya tiada integriti.
"Integriti - untuk maklumat Abdul Hadi - adalah sifat dan nilai seseorang seperti keikhlasan, keterbukaan, patuh kepada undang-undang dan tidak memutar belit fakta untuk menyesuaikan diri mereka dengan keadaan semasa
"Integriti itu berbeza daripada keperluan majoriti. Ia dua konsep yang berlainan," kata Zaid.
Mengulas lanjut mengenai integriti, Zaid berkata golongan terbaik dijadikan contoh sebagai orang tidak berintegriti adalah “mereka yang menggunakan Covid-19 sebagai alasan untuk kekal berkuasa melalui darurat”.
![]() |
Zaid beri contoh sikap tak berintergriti |

0 Comments